• BATCH FORM 3 2020
  • BANNER BATCH FORM 5
  • tahniah pt3 dan spm 2019

Sejarah Sekolah

Category: Umum Published: Thursday, 21 February 2019 Written by Administrator

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH SAINS SEMBRONG 

Sekolah Menengah Sains Sembrong (SASEM) merupakan ‘edisi terkini’ dalam sistem Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia menjadikan jumlah SBP sebanyak 64 buah. Lahir hasil cetusan idea daripada Dato’ Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein, ahli Parlimen Sembrong pada tahun 2008, yang juga merupakan Menteri Pendidikan ketika itu, yang menginginkan anak-anak tempatan Johor khasnya dari sekitar kawasan Parlimen Sembrong berpeluang untuk menimba ilmu dan mendapat pengalaman bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Hasrat ini berjaya direalisasikan apabila SASEM memulakan sesi persekolahan pada 1 Januari 2012.

Pembinaan sekolah ini bermula walaupun lokasi tersebut dikatakan sukar untuk dimajukan kerana dipenuhi hutan dan masih lagi belum diterokai, pembinaan sekolah ini tetap dijalankan dan bermula pada bulan Oktober 2008. Dan pada Ogos 2010, sekolah ini siap dibina dan penyerahan bangunan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia telah dilakukan pada 15 April 2011.

Sekolah ini mula beroperasi pada bulan Jun 2011 dengan kedatangan lima orang guru perintis. Ini diikuti dengan kedatangan tujuh orang staf sokongan.

Tahun 2012 melakar satu lagi sejarah buat SASEM apabila sesi persekolahan beroperasi sepenuhnya. Untuk tahun pertama ini, SASEM menyediakan kelas untuk Tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja. Seramai 136 pelajar Tingkatan 2 menjadi perintis apabila mereka melapur diri pada 3 Januari 2012. Ini diikuti dengan pelajar Tingkatan 1 seramai 148 orang dan pelajar Tingkatan 4 seramai 206 orang, menjadikan jumlah para pelajar SASEM seramai 490 orang. Begitu juga dengan tenaga pengajar sekolah yang melapur diri secara berperingkat dan pada akhir tahun 2012 seramai 45 orang guru telah rasmi menjadi warga pendidik SASEM.

Tirai persekolahan tahun 2013 menyaksikan SASEM melengkapkan warganya apabila semua tingkatan  beroperasi.  Seramai 796 orang pelajar  memulakan sesi persekolahan 2013 di SASEM dengan tenaga pengajar seramai 66 orang. Dan tahun 2013 juga melakar sejarah apabila batch pertama calon PMR dan SPM  menduduki peperiksaan pada bulan September dan Disember 2013.

Hits: 804