Falsafah
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan Di Malaysia Adalah Suatu Usaha Berterusan
Ke Arah Memperkembangkan Lagi Potensi Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu Untuk Mewujudkan Insan Yang Seimbang Dan Harmoni Dari Segi Intelek, Rohani, Emosi Dan Jasmani Berdasarkan Kepercayaan Kepada Tuhan. Usaha Ini Adalah Bagi Melahirkan Rakyat Malaysia Yang Berilmu Dan Berupaya Mencapai Kesejahteraan Diri Serta Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan Kemakmuran Masyarakat, Keluarga Dan Negara.
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
FALSAFAH SBP
Pendidikan Di Sekolah Berasrama Penuh adalah Suatu Usaha Berterusan
Bagi Menyediakan Suasana Persekolahan Dan Pembelajaran Yang Terancang,
Terkawal, Dan Sempurna, Untuk Memupuk Dan Memperkembangkan
Kebolehan Pelajar-Pelajar Yang Berpotensi Ke Arah Kecemerlangan
Sebagai Insan Dan Warganegara Yang Seimbang Dan Bertanggungjawab Terhadap Tuntutan Agama, Bangsa Dan Negara.
VISI
Peneraju Pendidikan Bertaraf Dunia
MISI
Menggerak dan Memastikan Perkhidmatan Profesionalisme dan
Pengurusan Pendidikan Bertaraf Dunia Bagi Memenuhi Aspirasi negara
FALSAFAH SM SAINS SEMBRONG
PENDIDIKAN DI SEKOLAH MENENGAH SAINS SEMBRONG IALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN DALAM MEWUJUDKAN IKLIM PENGAJARAN SERTA PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF DAN MUTU PERKHIDMATAN PENDIDIKAN YANG TINGGI, BERDASARKAN KESEDARAN BAHAWA SEMUA MANUSIA BERKEMAMPUAN UNTUK BELAJAR DAN BOLEH DIAJAR KERANA KITA MENERIMA PELAJAR YANG TELAH TERBUKTI KECEMERLANGANNYA, MAKA KITA HARUS MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERPRESTASI CEMERLANG AGAR MEREKA MENJADI INSAN DAN WARGANEGARA YANG SEIMBANG SERTA PATUH DAN MENGHAYATI PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA
Hits: 721